Authentication
392x Tipe DOCX Ukuran file 0.03 MB
1.0 - PENGENALAN
Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina
sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep
memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat
melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi kehidupan dan
cabaran yang sebenar. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang
disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini,
sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan kesepaduan yang
ada dalam diri masyarakat tersebut.
Sistem pendidikan merupakan medium yang terbaik untuk digunakan bagi
merealisasikan impian ini. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan asas transisi
kepada penghasilan modal insan untuk memacu ke arah pembinaan negara. Tanpa
pendidikan, proses pembinaan negara yang diimpikan tidak akan tercapai dengan
jayanya. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan satu
pendekatan yang terbaik bagi memastikan perencanaan konsep negara bangsa itu
menjadi satu kenyataan. Dalam hal ini, negara memerlukan pendidik yang seimbang
dari setiap aspek seperti jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
Seperti yang kita maklum, negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri
daripada komuniti yang berbeza adat dan bangsa. Bukan mudah untuk menjadikan
negara berbilang bangsa ini mempunyai kesatuan yang utuh dalam membangunkan
minda pasca merdeka. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan
telah memperkenalkan satu mekanisme yang memperkuatkan hubungan ini dengan
memperkenalkan Integrasi Nasional.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, integrasi didefinisikan sebagai penggabungan
dua atau beberapa kaum untuk menjadi satu kesatuan, manakala nasional diertikan
sebagai yang berkaitan dengan bangsa sendiri mahupun identiti. Menurut Nadzan
Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010), integrasi bermaksud satu proses sosiobudaya
dan sosiopolitik untuk mewujudkan jati diri kebangsaan yang diterima oleh semua rakyat
walaupun berbeza dari segi rumpun bangsa, bahasa agama dan budaya.Maka Integrasi
Nasional pula membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama.
1
Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan
dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-
2010) yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di
kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi
nasional dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan
Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020
2.0 – KEPENTINGAN INTEGRASI NASIONAL .
2.1 – MEMUPUK DAN MEMPERTINGKATKAN PERPADUAN MASYARAKAT
Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu proses dinamik di mana rakyat
daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbeza sosio-budaya, agama, adat resam,
wilayah dapat hidup dalam suasana aman damai yang berteraskan kepada
persefahaman, penghayatan kepada Perlembagaan serta menjadikan Rukun Negara
sebagai teras budaya dan gaya hidup. Ia juga satu proses untuk mengukuhkan jalinan
inter dan intra kaum dan etnik di negara ini. Mengapakah integrasi nasional amat
penting dalam perpaduan? Hal ini kerana, definisi integrasi itu sendiri yang membawa
maksud kesatuan dan penggabungan.
Maka sesebuah negara perlu untuk mempunyai satu hadaf mahupun tujuan yang
satu ke arah melestarikan hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti
Melayu, Cina, India, Bidayuh mahupun Bajau. Melalui cara seperti mengadakan rumah
terbuka setiap perayaan yang disambut di Malaysia sebenarnya adalah salah satu kunci
perpaduan. Daripada amalan ziarah – menziarahi, masyarakat dapat mengetahui adat
resam sesuatu masyarakat dan cara pemikiran di samping mengeratkan hubungan
ukhuwwah sesama bangsa. Jika kita mengabaikan perpaduan terutama di negara yang
berbilang agama dan bangsa, justeru peristiwa berdarah 13 Mei 1969 pasti akan
berulang kembali.
George Santayana, sarjana Barat mengatakan bahawa “Those who do not
remember the past are condemned to repeat it ” .Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Negara menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pascakemerdekaan. Politik, sosial
dan ekonomi secara umumnya masih belum stabil. Apa yang boleh disimpulkan adalah
2
pada ketika itu perhubungan antara kaum umpama api dalam sekam; sedikit pergeseran
mampu mencetuskan pertelingkahan besar. Apabila satu kaum menyinggung kaum
yang lain, maka terccetuslah pertelingkahan besar seperti peristiwa 13 Mei di Kuala
Lumpur. Tarikh di mana mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila
timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Setelah
peristiwa 13 Mei ,telah tamatnya proses perpaduan negara atas prinsip asimilasi dan
proses membina negara yang bersatu padu dilaksanakan atas prinsip integrasi nasional.
Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah belajar mengambil ibrah dan
pengajaran daripada sejarah-sejarah silam.
2.2 – MEMELIHARA SOSIOEKONOMI NEGARA
Perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam
memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa
sebarang halangan. Setiap golongan etnik diberi kebebasan untuk menceburi bidang
ekonomi kerana mereka adalah rakyat Malaysia. Maka, mengapa harus disekat
kebebasan menjalankan ekonomi seperti mana yang pernah dilakukan oleh penjajah
British sebelum era kemerdekaan dengan menetapkan status dan peranan
sosioekonomi yang berlainan bagi kaum Melayu, India dan Cina.
Contohnya golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan dan kedudukan yang
tinggi dalam perkhidmatan awam sementara orang Melayu kebanyakkannya digalakkan
terus menetap di kawasan luar bandar. Orang cina dikawasan lombong dan di bandar
manakala orang India mengusahakan lading-ladang getah. Impaknya, komunikasi
proses interaksi menjadi terhad pada zaman itu serta mewujudkan jurang pendapatan
yang tidak seimbang di antara kaum. Tidak dapat dinafikan suasana sosioekonomi ini
telah mengancam proses pembinaan perpaduan negara kerana menimbulkan
ketidakpuasan hati antara kaum.
Melalui integrasi nasional, semua etnik boleh menjalankan ekonomi tanpa ada
sebarang spesifikasi dan penetapan. Oleh yang demikian, dengan adanya konsep
perpaduan melalui pertukaran idea pemasaran mahupun jual beli mampu untuk
menjana ekonomi negara kita. Akhirnya,dengan berbekalkan perpaduan integrasi 1
Malaysia ini, dapat menjana ekonomi negara Malaysia dengan pelaburan dari pelbagai
bidang. Ini kerana, konsep perpaduan mampu memberikan impak positif dalam
3
perkembangan ekonomi. Sebagai bukti, Felda Global Ventures Holding (FGV) adalah
syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan, manakala IHH
Healthcare Bhd.(IHH) pula pengendali hospital terbesar di Asia. Antara salah satu faktor
kejayaan ekonomi negara itu juga adalah hasil daripada kesungguhan rakyat Malaysia
yang terdiri daripada usahawan, graduan sehingga pekerja dalam industri-industri utama
atas sumbangan mereka serta pengawasan ekonomi yang mantap oleh pihak kerajaan,
khususnya melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
2.3 – MENJAGA KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN NEGARA
Kehidupan masyarakat di Malaysia disinonimkan dengan peribahasa ‘bagai aur dengan
tebing’. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum, namun semangat tolong-
menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Perpaduan integrasi nasional merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa
integrasi , tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati. Kepentingan integrasi dapat
menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum merdeka,
pelbagai ranjau berduri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut
kemerdekaan. Hasil integrasi perpaduan, Tanah Melayu ketika itu sama-sama
berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Implikasinya, masyarakat pada hari ini hidup harmoni tanpa gangguan dan
kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek
moyang. Oleh yang demikian, kita haruslah berusaha untuk bersatu padu agar dapat
bersatu menentang penjajah daripada menjajah negara kita. Usahlah kita berpaling taat
setia kepada negara sendiri sebagaimana Si Kitol yang telah menjadi tali barut kepada
penjajah dengan membocorkan rahsia pihak Orang Melayu. Justeru, dalam usaha untuk
merealisasikan integrasi perpaduan agar menjadi realiti, maka kita perlu lebih banyak
melahirkan tokoh-tokoh seperti Tun Tan Siew Sin (bekas MCA) dan Tun Sambathan
(bekas MIC) dan yang bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati
kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam masa yang sama, bekerjasama bersatu
kearah mencapai gagasan Malaysia bersama-sama pemimpin orang Melayu, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Melalui kerjasama tokoh-tokoh tersebut akhirnya mampu
untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara daripada ditakluk oleh negara
luar dan kesepaduan kaum terjamin.
4
no reviews yet
Please Login to review.